GC @ EduWeb TV

>> Friday, October 23, 2009

Salam 1Malaysia semua.

Tahniah diucapkan kepada Puan Sabariah Ibrahim, GC Bahasa Melayu SMK Raja Perempuan, kerana profil beliau dipilih untuk dipaparkan dalam slot Pendidik di laman pendidikan digital ~ EduWeb TV. Sesungguhnya khidmat bakti yang dicurahkan kepada anak bangsa kita patut dicontohi oleh semua warga pendidik. Kami warga MGC KU merasa bangga di atas kejayaan Puan Sabariah dan berharap agar beliau terus mencurahkan bakti beliau dalam dunia pendidikan.

Berikut adalah video tersebut yang telah diedit:-



Video penuh boleh dimuat turun di laman EduWeb TV.

Read more...

Bahang Peperiksaan. Selamat Maju Jaya Semua.

Salam 1Malaysia kepada semua warga pendidik...

Blog MGC Kinta Utara sunyi seketika...bukannya tiada bahan yang ingin dimuatkan, tetapi masa terlalu padat dengan program-program ulangkaji strategik, sebagai persediaan anak-anak didik kita menghadapi peperiksaan.

Warga pendidik kini sibuk dengan demam peperiksaan. Anak-anak didik kita baru saja selesai berjuang dalam PMR. Kita doakan semoga semuanya beroleh kejayaan cemerlang.

SPM & STPM juga bakal menjelang tiba. Warga pendidik kini sibuk dengan persiapan & persediaan terakhir. Semoga semua calon dapat menjawab soalan dengan tenang di dewan peperiksaan nanti. Lakukan yang terbaik, sesungguhnya tiada yang mustahil!

Read more...