GC @ EduWeb TV

>> Friday, October 23, 2009

Salam 1Malaysia semua.

Tahniah diucapkan kepada Puan Sabariah Ibrahim, GC Bahasa Melayu SMK Raja Perempuan, kerana profil beliau dipilih untuk dipaparkan dalam slot Pendidik di laman pendidikan digital ~ EduWeb TV. Sesungguhnya khidmat bakti yang dicurahkan kepada anak bangsa kita patut dicontohi oleh semua warga pendidik. Kami warga MGC KU merasa bangga di atas kejayaan Puan Sabariah dan berharap agar beliau terus mencurahkan bakti beliau dalam dunia pendidikan.

Berikut adalah video tersebut yang telah diedit:-



Video penuh boleh dimuat turun di laman EduWeb TV.

Read more...

Bahang Peperiksaan. Selamat Maju Jaya Semua.

Salam 1Malaysia kepada semua warga pendidik...

Blog MGC Kinta Utara sunyi seketika...bukannya tiada bahan yang ingin dimuatkan, tetapi masa terlalu padat dengan program-program ulangkaji strategik, sebagai persediaan anak-anak didik kita menghadapi peperiksaan.

Warga pendidik kini sibuk dengan demam peperiksaan. Anak-anak didik kita baru saja selesai berjuang dalam PMR. Kita doakan semoga semuanya beroleh kejayaan cemerlang.

SPM & STPM juga bakal menjelang tiba. Warga pendidik kini sibuk dengan persiapan & persediaan terakhir. Semoga semua calon dapat menjawab soalan dengan tenang di dewan peperiksaan nanti. Lakukan yang terbaik, sesungguhnya tiada yang mustahil!

Read more...

Aktiviti GC Pendidikan Seni Visual [Julai 2008 - Ogos 2009]

>> Friday, June 5, 2009

Berikut adalah laporan aktiviti dan senarai aktiviti bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

1. Laporan aktiviti
2. Cadangan aktiviti

Read more...

Aktiviti GC Biologi [Julai 2008 - Ogos 2009]

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua warga pendidik!...Semoga hari ini lebih baik dari semalam untuk semua.

Senarai aktiviti Guru Cemerlang bagi mata pelajaran Biologi yang telah dijalankan dan akan dijalankan bagi tempoh bulan Julai 2008 hingga Ogos 2009 boleh di muat turun di pautan ini.

Laporan ini disediakan oleh Pn Roziah bt Ayub, GC Biologi dari SMK Gunung Rapat, Ipoh.

Read more...

Bahan P&P Bahasa Melayu

>> Sunday, May 31, 2009

Berikut adalah bahan-bahan P&P yang disediakan oleh Pn Sabariah bt Ibrahim bagi mata pelajaran Bahasa Melayu untuk dimuat turun:-

Novel


Sajak Jalan Raya Kotaku

Tatabahasa SPM

Lain-lain Bahan

Read more...

Tafsiran Logo MGC Malaysia

>> Saturday, May 30, 2009


G - Guru
Jawatan Guru Cemerlang ( di Sekolah, Institut Perguruan dan Politeknik) dalam sistem pendidikan di Malaysia

C - Cemerlang

M - Majlis - satu agensi profesional pendidikan ( guru) yang terdiri daripada Guru-guru Cemerlang atau Pakar dalam pelbagai matapelajaran.

Bahagian Muka G dan C yang terbuka dan bulatan dalam C
Sifat GC yang terbuka kepada pendapat orang lain, keilmuan dan inovasi

Garisan Merah mengeliling G
Satu kumpulan profesional pendidikan iaitu Guru Cemerlang yang berkerja sebagai satu pasukan diseluruh negara

Warna Merah pada huruf M
Sentiasa dedikasi, penyungguhan kendiri dalam kerja

Warna Emas
Sentiasa bersinar melambangkan sentiasa cemerlag dari segi personaliti, pengetahuan dan kemahiran, kerja, komunakasi dan potensi diri. Melambangkan kecemerlangan berterusan.

Warna Biru
Keperihatinan ( Kecintaan) tinggi terhadap profesion perguruan dan mengutamakan pelanggan ( Pelajar dan ibubapa/masyarakat)

Dipetik daripada http://logogc.blogspot.com/

Read more...

Konsep Guru Cemerlang

Guru Cemerlang ditarifkan sebagai seorang guru istimewa, dedikasi dan bermotivasi, yang mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam bidang tugasnya, hasil daripada himpunan pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang luas dan berterusan pada sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Guru Cemerlang mempunyai kualiti peribadi dan kepimpinan yang boleh diteladani serta sentiasa mencapai mutu kerja yang cemerlang. Sentiasa berterusan, Guru Cemerlang berusaha membentuk ahlak mulia dan membuktikan peningkatan dan kecemerlangan itu dikenalpasti menerusi penilaian dalam aspek berikut:-
  • KECEMERLANGAN PERIBADI
  • KECEMERLANGAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN
  • KECEMERLANGAN KERJA
  • KECEMERLANGAN KOMUNAKASI
  • KECEMERLANGAN POTENSI

Dipetik daripada http://logogc.blogspot.com/

Read more...