Konsep Guru Cemerlang

>> Saturday, May 30, 2009

Guru Cemerlang ditarifkan sebagai seorang guru istimewa, dedikasi dan bermotivasi, yang mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam bidang tugasnya, hasil daripada himpunan pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang luas dan berterusan pada sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Guru Cemerlang mempunyai kualiti peribadi dan kepimpinan yang boleh diteladani serta sentiasa mencapai mutu kerja yang cemerlang. Sentiasa berterusan, Guru Cemerlang berusaha membentuk ahlak mulia dan membuktikan peningkatan dan kecemerlangan itu dikenalpasti menerusi penilaian dalam aspek berikut:-
  • KECEMERLANGAN PERIBADI
  • KECEMERLANGAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN
  • KECEMERLANGAN KERJA
  • KECEMERLANGAN KOMUNAKASI
  • KECEMERLANGAN POTENSI

Dipetik daripada http://logogc.blogspot.com/

0 comments: