Bahan P&P Bahasa Melayu

>> Sunday, May 31, 2009

Berikut adalah bahan-bahan P&P yang disediakan oleh Pn Sabariah bt Ibrahim bagi mata pelajaran Bahasa Melayu untuk dimuat turun:-

Novel


Sajak Jalan Raya Kotaku

Tatabahasa SPM

Lain-lain Bahan

Read more...

Tafsiran Logo MGC Malaysia

>> Saturday, May 30, 2009


G - Guru
Jawatan Guru Cemerlang ( di Sekolah, Institut Perguruan dan Politeknik) dalam sistem pendidikan di Malaysia

C - Cemerlang

M - Majlis - satu agensi profesional pendidikan ( guru) yang terdiri daripada Guru-guru Cemerlang atau Pakar dalam pelbagai matapelajaran.

Bahagian Muka G dan C yang terbuka dan bulatan dalam C
Sifat GC yang terbuka kepada pendapat orang lain, keilmuan dan inovasi

Garisan Merah mengeliling G
Satu kumpulan profesional pendidikan iaitu Guru Cemerlang yang berkerja sebagai satu pasukan diseluruh negara

Warna Merah pada huruf M
Sentiasa dedikasi, penyungguhan kendiri dalam kerja

Warna Emas
Sentiasa bersinar melambangkan sentiasa cemerlag dari segi personaliti, pengetahuan dan kemahiran, kerja, komunakasi dan potensi diri. Melambangkan kecemerlangan berterusan.

Warna Biru
Keperihatinan ( Kecintaan) tinggi terhadap profesion perguruan dan mengutamakan pelanggan ( Pelajar dan ibubapa/masyarakat)

Dipetik daripada http://logogc.blogspot.com/

Read more...

Konsep Guru Cemerlang

Guru Cemerlang ditarifkan sebagai seorang guru istimewa, dedikasi dan bermotivasi, yang mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam bidang tugasnya, hasil daripada himpunan pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang luas dan berterusan pada sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Guru Cemerlang mempunyai kualiti peribadi dan kepimpinan yang boleh diteladani serta sentiasa mencapai mutu kerja yang cemerlang. Sentiasa berterusan, Guru Cemerlang berusaha membentuk ahlak mulia dan membuktikan peningkatan dan kecemerlangan itu dikenalpasti menerusi penilaian dalam aspek berikut:-
  • KECEMERLANGAN PERIBADI
  • KECEMERLANGAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN
  • KECEMERLANGAN KERJA
  • KECEMERLANGAN KOMUNAKASI
  • KECEMERLANGAN POTENSI

Dipetik daripada http://logogc.blogspot.com/

Read more...

Aktiviti MGC Kinta Utara 2009

Majlis Guru Cemerlang Daerah Kinta Utara telah banyak terlibat aktiviti dan program kepada warga pendidik di pelbagai peringkat dari peringkat daerah hingga ke peringkat kebangsaan.

Antara program yang disertai oleh MGC KU pada tahun 2009 ialah:-
  • Kursus Kajian Tindakan Guru Cemerlang
  • Kursus Membina Blog Guru Cemerlang
  • Kursus EduWeb TV untuk Guru Cemerlang
  • Penyelarasan PEKA dan Kertas 3 Biologi
  • Motivasi dan Grooming - Bimbingan Guru Cemerlang


Untuk laporan lengkap aktiviti MGC Kinta Utara sila ke pautan berikut:-

Gambar-gambar sekitar kursus yang dianjurkan oleh MGC Kinta Utara

Peserta Kursus: Guru-guru Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual Daerah Kinta Utara

Perbincangan dalam kumpulan

Bengkel Item Soalan (Aktiviti Kumpulan)

Bengkel Item Soalan (Aktiviti Kumpulan)


Read more...

Majlis Guru Cemerlang Kinta Utara Selangkah Kehadapan...

>> Friday, May 29, 2009

Terima kasih kerana melayari Blog MGC Daerah Kinta Utara.

Impian MGC Kinta Utara untuk berkongsi maklumat di layar siber kini menjadi realiti dengan terbinanya blog ini. Semoga semua warga pendidik mendapat manfaat daripada maklumat pendidikan yang akan dimuatkan dalam blog ini.

Kami mengalu-alukan komen serta cadangan bagi penambahbaikan maklumat yang terdapat di dalam blog ini. Sekiranya ada maklumat yang ingin dikongsi bersama sila email kan kepada webmaster.

Terima kasih.

Read more...